Skip to main
Logo Malaysiakini

26,832 kes baru, 37 kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan berkata 26,832 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, sedikit penurunan selepas rekod baru pada Ahad.

Kes aktif kini berjumlah 251,678, meningkat 237.8 peratus berbanding 14 hari lalu. R-naught terkini (19 Feb) ialah 1.21 dan telah menunjukkan aliran menurun sepanjang minggu lalu.

Kes baharu mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (7,180)
Sabah (5,007)
Johor (2,644)
Kedah (2,254)
Pulau Pinang (1,811)
Kelantan (1,605)
Pahang (1,581)
W.P. Kuala Lumpur (1,428)
Melaka (713)
Negeri Sembilan (690)
Terengganu (608)
Perak (358)
W.P. Labuan (358)
Sarawak (309)
W.P. Putrajaya (173)
Perlis (113)

Sebanyak 37 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 10 daripadanya meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata 31.7 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 15.9, menunjukkan bahawa kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 32,347 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Johor (9) diikuti Sabah (4), Pulau Pinang (3), Pahang (2), Melaka (1) dan Labuan (1).

Terdapat 7,524 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 247 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Walaupun kes baru berada dalam angka yang tinggi, bilangan kemasukan ke hospital tidak meningkat mendadak manakala bilangan pesakit dalam rawatan rapi meningkat pada kadar yang lebih perlahan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, sejak Januari, 50,000 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun positif Covid-19 manakala 148 dikategorikan dalam Kategori 3 hingga Kategori 5.