Skip to main
Logo Malaysiakini

Video dedah anak-anak Loh ingin bersama ibu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Bercanggah dengan dakwaan mufti Perlis, tiga anak Loh Siew Hong meluahkan hasrat untuk bersama ibu mereka, menurut satu perbualan di dalam sebuah video.

Video yang dirakamkan ketika Loh melawat anak-anaknya pada pagi Sabtu di Jitra, Kedah, itu memaparkan ibu tunggal tersebut menyoal anak-anaknya mengenai nama mereka dan dengan siapa yang mereka ingin tinggal bersama.

Kanak-kanak yang kelihatan mesra dengan ibu mereka itu kemudian memperkenalkan diri mereka dengan nama India masing-masing, dan memberitahu Loh bahawa mereka mahu tinggal bersamanya.

Loh pada Sabtu lalu dibenarkan berjumpa dengan anak pasangan kembarnya yang berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun di Asrama Akhlak, sebuah institusi di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rakaman itu sekali gus menolak dakwaan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini yang menyatakan bahawa anak-anak itu tidak mahu kembali tinggal bersama ibu mereka.

Loh begitu gembira hari ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini yang membenarkan permohonan habeas corpusnya terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seorang ustazah yang menjaga kanak-kanak itu pada satu ketika.

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata penghakimannya berkata, ketiga-tiga kanak-kanak itu akan dibebaskan serta-merta kepada penjagaan dan kawalan tunggal Loh dan mengingatkan bahawa perintah mahkamah sebelum ini yang memberikan hak penjagaan tunggal kepada Loh tidak seharusnya diremehkan.

[Baca berita penuh]