Skip to main
Logo Malaysiakini

Mursyidul am sahkan Nik Zawawi setiausaha baru majlis syura PAS

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mengesahkan pelantikan Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang baru.

Hashim berkata pemilihan Nik Muhammad Zawawi dibuat dalam mesyuarat malam kelmarin selepas Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali mengumumkan keputusan untuk meletakkan jawatan.

"Sah, (pelantikan Nik Muhammad Zawawi) dibuat dalam mesyuarat syura malam kelmarin secara dalam talian.

"Saya selaku mursyidul am mencadangkan pelantikan Nik Muhammad Zawawi dan disokong sebulat suara oleh ahli Majlis Syura," katanya kepada Malaysiakini.

Jelasnya, mesyuarat itu turut disertai Khairuddin yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai setiausaha dan juga ahli majlis syura.

Katanya, mesyuarat berlangsung secara harmoni dan sekaligus menamatkan segala polemik.

"Dia (Khairuddin) menyertai mesyuarat pada awalnya bagi mengumumkan peletakan jawatan sebagai setiausaha dan ahli majlis syura," katanya.