Skip to main
Logo Malaysiakini

Loh akui rasa takut hilang anak masih ada

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Loh Siew Hong masih tidak percaya dia sudah dapat bersama tiga anak-anaknya. 

Bagaimanapun, rasa takut akan kehilangan mereka semula masih ada.

“Saya pegang kuat tangan mereka. Saya takut hilang mereka lagi. Saya berhati-hati.

“Saya akan pastikan tidak hilang mereka lagi,” kata ibu tunggal 35 tahun itu kepada Malaysiakini.

Loh Siew Hong

Tukang masak di sebuah hotel di Genting Highlands itu berkata banyak perkara yang mereka perlu lakukan bersama-sama sebagai satu keluarga.

Antaranya, kata Loh, membeli-belah.

“Anak lelaki saya menangis tengok saya bayar RM700 di kaunter. 

“Saya tanya dia kenapa, dia jawab ‘Banyak sangat. Kami kerja kuat tapi tak kisah belanja kami.’

‘Saya beritahu dia, saya sudah belanja RM25,000 untuk kos guaman dan pengangkutan untuk cari mereka. RM700 ini apalah sangat,” kata ibu tunggal itu.

Loh sekarang masih bercuti tanpa gaji sehingga 1 Mac ini. Dia mengambil cuti itu untuk menumpukan usaha mendapatkan semula anaknya.

Ketika menyelesaikan urusan pertukaran sekolah anaknya, Loh turut membawa mereka - perempuan kembar 14 tahun dan anak leli 10 tahun - melawat tempat kerjanya.

‘Sudah beli mesin ais kacang’

Sementara itu, bercakap tentang masa depan, Loh berkata dia mahu membuka kedai sendiri. 

Katanya, pada 2017 dia pernah membuka kedai nasi ekonomi di Sungai Petani, Kedah, dan ia berjaya.

Katanya, kali ini dia mahu membuka kedai trak makanan.

“Saya ada menyimpan dan beli barang-barang untuk mulakan perniagaan sendiri.

‘Tiap bulan, saya ketepikan sikit duit dan beli barang-barang yang perlu. Saya sudah beli mesin ais kacang,” katanya.

Loh dan anak-anaknya ketika disatukan semula di mahkamah semalam.

Loh turut berkongsi gambar dia dan anak-anak membeli-belah. 

Gambar-gambar itu menunjukkan anak perempuannya tetap bertudung.

“Kami gembira dapat bersama. Kami harap tiada siapa yang kacau atau pisahkan kami lagi.

“Setakat ini tiada sesuipa telefon kami. Saya tak akan paksa anak saya buat sesuatu perkara. 

“Banyak perkara mereka sudah laluli. Tolonglan biarkan kami hidup aman sekarang,” kata wanita yang dibesarkan oleh keluarga angkat Hindu itu.

Loh semalam berjaya dalam cabaran undang-undangnya untuk membatalkan penahanan tidak sah tiga anaknya yang diislamkan bapanya secara sebelah pihak.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpus wanita itu terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seorang ustazah yang menjaga kanak-kanak itu pada satu ketika.

[Baca berita asal]