Skip to main
Logo Malaysiakini

Di Malaysia, jantina sajat tetap lelaki - Marzuk

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jantina Nur Sajat Kamaruzzaman di Malaysia adalah lelaki seperti tertera di kad pengenalannya iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, kata timbalan menteri agama Ahmad Marzuk Shaary. 

“Jantina dia (Sajat) adalah sebagaimana dalam IC (kad pengenalan) di negara kita dan itu yang kita guna pakai,” dia dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

“(Kad pengenalan) adalah dokumen yang sah di negara ini untuk menentukan jantina dia (Sajat) dan sama ada dia ingin pilih negara atau alam mana untuk tentukan jantina, perkara itu kita tidak campur.” 

Marzuk dilapor berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Manual Komuniti Hijrah (Lesbian dan Gay) di Putrajaya, hari ini 

Sajat semalam mengumumkan dia menukar gender kepada wanita di Australia - tempat dia mendapat suaka selepas melarikan diri daripada pertuduhan menghina Islam dengan berpakaian wanita di Malaysia.