Skip to main
Logo Malaysiakini

Marina Ibrahim, Chin Tong calon terakhir DAP di Johor

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

PRN JOHOR | DAP dijangka mengumumkan calon terakhir mereka bagi dua kerusi dalam pilihan raya negeri Johor iaitu Skudai dan Perling.

Malaysiakini difahamkan Marina Ibrahim dinamakan sebagai calon di Skudai manakala Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong (atas) akan bertanding di Perling.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijadual mengumumkan pencalonan mereka di sebuah hotel di Senai, Johor pada pukul 5 petang ini.

Sebelum ini, DAP telah mengumumkan seramai 12 calon sama ada secara individu atau berpasangan ketika siri jelajah kepimpinan parti itu ke seluruh Johor.

Marina merupakan calon Melayu kedua dari DAP yang akan bertanding pada PRN berkenaan.

Seorang lagi calon Melayu yang ditampilkan DAP ialah Syeikh Umar Bagharib Ali yang akan mempertahankan kerusi DUN Paloh.

Bagaimanapun, kawasan separa luar bandar itu merupakan kerusi sukar bagi DAP, yang dimenanginya dengan 52.1 peratus undi pada PRU lalu.

Kerusi itu terdiri daripada 47 peratus Melayu, 37 peratus Cina, 15 peratus India dan satu peratus lain-lain kaum.

Kerusi DAP itu dimenangi antara 51.2 peratus hingga 79.47 peratus undi pada pilihan raya umum 2018.

Sementara itu Skudai merupakan kerusi paling selamat buat DAP.

Kerusi itu merangkumi 64 peratus kaum Cina, 23 peratus Melayu, 12 peratus India dan satu peratus lain-lain kaum.

Bagaimanapun, Marina pada mulanya tidak dijadualkan bertanding di Skudai.

DAP pada awalnya berhasrat melakukan pertukaran kerusi dengan PKR supaya ia boleh meletakkan Marina di DUN Layang-Layang dan memintanya berkhidmat sebagai penyelaras di sana.

Namun, PKR mahukan kerusi DUN Layang-Layang supaya Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dapat bertanding di situ.

Maszlee juga disebut-sebut sebagai calon menteri besar.

DAP kemudiannya mempertimbangkan untuk memindahkan Marina ke Bukit Permai tetapi kerusi itu telah diserahkan kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Akhirnya DAP mengambil keputusan meletakkan Marina di Skudai. Sementara itu, Liew dijangka bertanding di Perling.

Senarai calon DAP untuk PRN Johor:

  • Sheikh Umar Bagharib Ali (Paloh)

[Baca berita penuh]