Skip to main
Logo Malaysiakini

Wan Ahmad Fayshal pula positif Covid-19

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal didapati positif Covid-19.

Menerusi ciapan di Twitter, Wan Ahmad Fayshal berkata keputusan itu diperoleh hasil ujian PCR yang dilakukannya semalam.

“Saya telah membuat ujian PCR pada hari Rabu yang telah mengesahkan saya positif Covid-19.

"Buat rakan-rakan yang menemui saya sejak awal minggu, saya mohon agar anda turut buat isolasi dan ujian mengikut SOP (prosedur operasi standard).

“Maaf atas segala kesulitan. Terima kasih,” katanya.

- Bernama