Skip to main
Logo Malaysiakini

KJ: Kebanyakan jangkitan serius belum divaksin, tiada dos penggalak

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sekali lagi menyeru orang ramai mengambil suntikan vaksin dos penggalak Covid-19.

Ini jelasnya kerana jangkitan serius kebanyakannya berlaku di kalangan yang tidak mendapat dos penggalak.

Dalam sidang media petang ini, dia berkongsi bahawa mereka yang belum divaksinasi, tidak divaksin sepenuhnya atau tidak diberi suntikan (dos penggalak) merangkumi sebanyak 78.87 peratus kes baru dalam kategori 3, 4 dan 5.

Daripada 194 kes bagi kategori 3 dan ke atas yang dilaporkan semalam, seramai 153 orang tidak mendapat dos penggalak.

Khairy juga berkongsi graf untuk menunjukkan dos penggalak Covid-19 membuat perbezaan yang ketara apabila ia melibatkan perlindungan daripada jangkitan teruk dan kematian.

Antara 27 Jan dan 23 Feb tahun ini, individu yang tidak divaksinasi dan divaksinasi sepenuhnya (tetapi tidak menerima dos penggalak) membentuk sebahagian besar kes kategori 4 dan 5.

Individu yang tidak divaksinasi dan divaksinasi sepenuhnya (tetapi tidak mendapat dos penggalak) juga merupakan sebahagian besar daripada kematian Covid-19.

"Kita melihat dos penggalak memberi perlindungan yang terbaik kepada terutamanya kepada mereka warga emas berusia 70 tahun ke atas

"Sebab itu rayuan saya pada hari ini untuk rakyat Malaysia dan juga kepada mereka yang ada ibu bapa atau datuk nenek yang sudah lanjut usia supaya pujuk mereka untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera," kata menteri kesihatan itu.

Maeps dibuka semula

Selain mengecualikan kontak rapat tanpa gejala daripada kuarantin, menteri itu juga mengumumkan satu lagi strategi baru dalam maklum balas negara terhadap gelombang Omicron.

Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (Maeps) akan dibuka semula esok (25 Feb) sebagai pusat rawatan dan kuarantin (PKRC) berisiko rendah.

Kemudahan 100 katil itu untuk pesakit berisiko rendah kategori 1 dan 2 dari Lembah Klang, dengan 850 katil lagi dalam keadaan siap sedia.

Ia juga akan digunakan untuk penjagaan pesakit Covid-19 yang pulih daripada jangkitan mereka.

"Ini bukanlah kerana kita tidak cukup katil-katil di hospital tetapi ini lebih kepada langkah pre emptive

"Untuk memberi kita buffer supaya hospital-hospital kita yang sudah mula memberi perkhidmatan dan rawatan bukan Covid terutamanya kes-kes elective yang telah tertangguh selama dua tahun tidak terganggu, tidak terpaksa menghentikan perkhidmatan tersebut dengan peningkatan kes-kes Covid disebabkan gelombang Omicron,” jelas Khairy.

Menteri itu berkata rancangannya untuk membuka Maeps sehinggalah gelombang Omicron reda.

[Baca berita penuh]