SPRM lancar 4 bilik gerakan pantau PRN Johor
PRN JOHOR | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan empat bilik gerakan di seluruh Johor, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam, sepanjang tempoh PRN berkenaan.
Menurut kenyataan itu, bilik gerakan itu terletak di Pejabat SPRM Johor, Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat, Pejabat SPRM Cawangan Kluang dan Pejabat SPRM Cawangan Segamat.
Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-8414384, atau menerusi emel [email protected].
SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding, agar tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).
Hari ini adalah penamaan calon bagi PRN Johor manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Mac depan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai