Skip to main
Logo Malaysiakini

27,299 kes baru Covid-19, 43 lagi kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan berkata 27,299 kes baru Covid-19 harian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,395,170.

Kes aktif kini berjumlah 298,977, meningkat 92.2 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri seperti berikut:

  • Selangor (6,740)

  • Sabah (3,735)

  • Kedah (2,462)

  • Pulau Pinang (2,435)

  • Johor (1,885)

  • WP Kuala Lumpur (1,691)

  • Pahang (1,636)

  • Negeri Sembilan (1,464)

  • Kelantan (1,414)

  • Perak (1,321)

  • Melaka (745)

  • Terengganu (515)

  • Sarawak (483)

  • WP Labuan (377)

  • Perlis (207)

  • WP Putrajaya (189)

Sebanyak 43 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, 13 tidak sempat menerima rawatan di hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata 46.3 orang dilaporkan telah meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 23.1, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 32,634 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Negeri dengan kematian tertinggi ialah Sabah (9) diikuti Selangor (8), Johor (7), Perak (6), Kedah (5), Kelantan (2), Pahang (2), Melaka (1), Sarawak ( 1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Terdapat 7,911 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 348 daripadanya berada di unit rawatan rapi.