Skip to main
Logo Malaysiakini

24,466 kes baru, 40 lagi korban

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan berkata 24,466 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,419,636.

Kes aktif kini berjumlah 300,653, meningkat sebanyak 78.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri seperti berikut:

  • Selangor (6,823)

  • Sabah (2,874)

  • Kedah (2,060)

  • Johor (1,818)

  • Pulau Pinang (1,548)

  • Negeri Sembilan (1,520)

  • Pahang (1,461)

  • Perak (1,330)

  • Kelantan (1,146)

  • Kuala Lumpur (1,123)

  • Melaka (750)

  • Terengganu (731)

  • Sarawak (475)

  • Perlis (321)

  • Labuan (311)

  • Putrajaya (175)

Sebanyak 40 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan 17 daripadanya diisytiharkan sebagai kes kematian di luar hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata 46.7 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 24.1, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 32,674 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Negeri dengan jumlah kematian tertinggi ialah Kedah (8) diikuti Johor (5), Pulau Pinang (5), Perak (4), Sabah (4), Kelantan (3), Pahang (3), Melaka (2), Selangor (2), Kuala Lumpur (2), Negeri Sembilan (1) dan Terengganu (1).

Terdapat 7,864 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 353 daripadanya berada dalam unit rawatan rapi (ICU).