Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Ambo runsing, ICU di Kelate koho penuh, pakat gi cocok deh’

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menggunakan loghat Kelantan bagi merayu penduduk negeri itu supaya mengambil vaksin dan dos penggalak Covid-19.

Mengakui dirinya, runsing, dia berkata, Kelantan adalah negeri paling rendah mendapatkan dos penggalak iaitu sekitar 27.7 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi dewasa.

"Loloni Kelate paling rendah skali ambik booster.

"Ambo (saya) runsing, ICU sana koho penuh. Ambo mitok sangat puok kita di Kelate pakat cocok vaksin & booster.

"Kementerian Kesihatan (KKM) saye ore Kelate, pakat gi cocok deh,” ciapnnya di Twitter.

Secara keseluruhannya, data di portal CovidNow menunjukkan Kelantan sudah memberikan sebanyak 2,298,896 dos suntikan vaksin.

Daripada jumlah itu, 1,020,322 sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos dengan 1,005,200 lengkap dua dos vaksin. Namun, hanya 281,219 yang menerima dos penggalak.

Khairy juga melampirkan perbandingan antara negeri-negeri yang telah mengambil dos penggalak.

Selain Kelantan, Sabah dan Perlis juga mencatatkan jumlah penduduk yang kurang menerima dos penggalak.