Skip to main
Logo Malaysiakini

Rayuan hukuman mati Nagaenthran diketahui hari ini

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Mahkamah Singapura dijangka membuat keputusan hari ini mengenai rayuan pelaksanaan hukuman mati terhadap seorang warga Malaysia yang disabitkan dengan penyeludupan dadah.

Ini walaupun aktivis dan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata dia harus dikecualikan kerana dia orang kelainan upaya (OKU) mental.

Nagaenthran Dharmalingam, 33, menunggu hukuman mati selama lebih sedekad kerana mengedar 42.72 gram heroin ke Singapura, sebuah negara pulau kota di Asia Tenggara yang terkenal dengan undang-undang paling keras di dunia terhadap dadah haram.

Kesnya telah menarik perhatian antarabangsa, dengan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob, sekumpulan pakar PBB dan jutawan British Richard Branson antara mereka yang meminta Singapura meringankan hukuman mati Nagaenthran.

Mahkamah telah menangguhkan pelaksanaan hukuman Dharmalingam tahun lalu tanpa memutuskan rayuannya selepas dia disahkan positif Covid-19 sehari sebelum dia dihukum gantung.

Bekas peguamnya dan aktivis M Ravi berkata intelek Dharmalingam berada pada tahap yang diiktiraf sebagai kecacatan mental dan dia mempunyai gangguan lain yang menjejaskan pembuatan keputusan dan kawalan impulsnya.

Pihak berkuasa berkata mahkamah Singapura berpuas hati bahawa dia tahu apa yang dia lakukan ketika melakukan kesalahan itu.

Singapura menggantung mati 25 orang - majoriti kerana kesalahan berkaitan dadah - dari 2016 hingga 2019, menurut data rasmi.

(Laporan oleh Chen Lin; Penyuntingan oleh Martin Petty)

- Reuters