Skip to main
Logo Malaysiakini

PRN Johor: Kami akan sokong pihak yang menang, kata PBM

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

PRN JOHOR | Calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedia untuk menyokong mana-mana parti atau gabungan yang menang dalam pilihan raya kali ini, menurut naib presiden parti itu Steven Choong.

Choong merupakan seorang daripada empat calon PBM yang bertanding dalam PRN kali ini. Dia bertanding di DUN Puteri Wangsa, kerusi di bawah parlimen yang dipegangnya iaitu Tebrau.

Sesi itu dianjurkan Jabatan Penerangan sebagai sebahagian daripada inisiatif pendidikan pengundinya.

Namun, Choong berkata sokongan PBM kepada pihak yang menang tidak semestinya bermakna parti itu menyertai gabungan mereka.

“Kami tidak akan menyertai mana-mana pihak tetapi pendirian parti kami adalah menyokong kerajaan semasa, tanpa mengira kerajaan mana yang akan ditubuhkan.

“Walaupun kami menang semua kerusi, kami hanya ada empat kerusi jadi kami akan menyokong kerajaan yang akan ditubuhkan,” katanya lagi.

Katanya lagi, jika pihak yang menang menerima PBM untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri yang baru, PBM akan menerima tawaran tersebut.

“Kami akan suarakan niat kami untuk menyokong, jadi untuk terima atau tidak terpulang kepada kerajaan baru,” katanya.

Menjelang PRN Johor, PBM mengisytiharkan parti itu sebagai mesra BN dan giat merekrut bekas anggota PKR yang tidak dapat menyertai Bersatu.

Choong bersama Presiden PBM Larry Sng dibuang PKR tahun lalu setelah kedua-duanya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Di Puteri wangsa, dia berkata antara isu yang perlu ditangani adalah perumahan baru untuk penghuni setinggan dari beberapa kampung di sana, serta isu pencemaran sungai.

PBM sebelum ini dikaitkan dengan ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu Zuraida Kamaruddin.

Zuraida bagaimanapun menegaskan dia kekal bersama Bersatu.

Setiausaha Agung PBM Hizwan Ahmad lama berkhidma sebagai pegawai kepada Zuraida.

[Baca berita asal]