Polis panggil Ramasamy ke Bukit Aman
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy, dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman hari ini.
Tindakan itu dibuat ekoran kenyataan yang dibuatnya mengenai isu hak penjagaan tiga anak seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong, baru-baru ini.
"Saya berada di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan. Saya ada janji temu di Bukit Aman," katanya kepada Malaysiakini.
Tambah Adun Prai itu lagi polis mahu merakam percakapannya ekoran didakwa membuat kenyataan berunsur provokasi dalam isu tersebut.
Katanya, kenyataan berkenaan disiarkan dalam Facebook dan hantaran berkenaan menyatakan kanak-kanak terbabit diculik.
"Peguam saya ada bersama-sama dan saya tidak ada apa-apa yang mahu disembunyikan," tambahnya.
Komen Ramasamy itu dibuat pada 13 Feb lalu dan dia memperincikan isu tersebut dan pengislaman sepihak anak-anak Loh, serta membandingkannya dengan satu lagi kes mahkamah membabitkan Indira Gandhi.
Difahamkan Ramasamy disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan berniat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahanke atas golongan atau kaum lain.
Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Ramasamy juga disaisat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut Ramasamy dia hanya menyuarakan kebimbangan bagi pihak Loh.
Pada masa sama dia juga percaya polis wajar menyiasat Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.
[Baca berita penuh]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai