Skip to main
Logo Malaysiakini

KKM tukar format pelaporan kematian Covid-19

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan telah mengubah cara melaporkan kematian Covid-19.

Mulai 1 Mac dan seterusnya, angka harian akan mencerminkan jumlah laporan kematian yang diterima dalam tempoh 72 jam yang lalu.

Sebelum ini, kematian Covid-19 hanya muncul dalam data kementerian selepas mereka didaftarkan dengan jabatan kesihatan negeri, proses yang boleh mengambil masa sehingga beberapa minggu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berharap format baru itu dapat menangani masalah tertunggak akibat proses pendaftaran kematian.

"Saya harap kami akan mempunyai lebih banyak data kematian tepat pada masanya dan bukan kematian yang berlaku beberapa hari atau minggu lalu," katanya pada sidang media yang disiarkan hari ini.

"Kami perlu menukar format pelaporan kami supaya kami mempunyai petunjuk yang lebih baik tentang apa yang berlaku sekarang," tambahnya.

Dengan format baru itu, Khairy berkata angka kematian harian mungkin meningkat tetapi memberi jaminan ini tidak menimbulkan sebarang kebimbangan.

Jelas Khairy, sebagai contoh daripada 115 kematian yang dilaporkan semalam (2 Mac), 62 daripadanya berlaku dalam tempoh 72 jam lalu.

53 lagi kematian berlaku lebih tiga hari lalu.

[Baca berita asal]