Kumpulan pemisah tembak mati 8 orang awam di Papua, Indonesia
GLOBAL | Ketika kejadian, mangsa sedang membaiki Stesen Pemancar Pangkalan Menara milik Telkomsel.
Lapan orang awam ditembak mati oleh kumpulan pemisah Papua, yang disebut Indonesia sebagai kumpulan penjenayah bersenjata pada Rabu, di daerah Boega, Wilayah Puncak, Papua, menurut jurucakap Polis Wilayah Pesuruhjaya Kanan Ahmad Kamal kepada wartawan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Lapan mangsa merupakan pekerja syarikat telematik Palaparing Timur Telematika (PTT).
Ketika kejadian, mangsa sedang membaiki Stesen Pemancar Pangkalan Menara (BTS) milik operator telekomunikasi kerajaan Indonesia Telkomsel.
Kamal berkata, setakat Jumaat, pihak berkuasa masih tidak dapat mengalihkan mangsa berikutan cuaca buruk, manakala lokasi jenayah hanya boleh dihubungi menggunakan pengangkutan udara.
"Kami telah mengarahkan pasukan kami untuk mengeluarkan mayat itu secepat mungkin dan menjalankan siasatan lanjut kes itu," kata Kamal.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai