Skip to main
Logo Malaysiakini

Agensi tak puas hati platform baru pengambilan pekerja asing

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Terselamat daripada penutupan dalam pengambilan pekerja asing dan bertahan tanpa sebarang pendapatan selama dua tahun, agensi pekerjaan swasta yang masih belum mula beroperasi kini bergelut dengan tuntutan deposit yang tinggi untuk setiap pengambilan baru.

Mereka tidak berpuas hati berikutan permintaan setinggi RM10,000 untuk setiap pengambilan baru daripada kemungkinan syarikat baru yang dilantik oleh kerajaan- yang ditubuhkan untuk menguruskan portal pengambilan dan penempatan pekerja asing di Malaysia.

Semalam, Malaysiakini mendedahkan perkhidmatan yang disediakan oleh Bestinet Sdn Bhd - yang menguruskan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing Malaysia (FWCMS) - kini disediakan oleh 3S Asia Sdn Bhd dan dilaksanakan melalui portal 3sMalaysia.com.

Sumber dari pihak industri mendedahkan FWCMS tidak lagi diutamakan sebagai satu-satunya platform digital untuk digunakan dalam hubungan Malaysia - Indonesia melalui Sistem Satu Saluran (OCS) dalam mengambil dan menempatkan pekerja domestik.

Bagaimanapun, portal web baru itu tidak lagi boleh diakses dan tidak jelas sama ada 3sMalaysia.com menghadapi masalah teknikal atau sedang diselenggara kerana ia memaparkan “Error 522".

Setelah bertemu dengan pegawai 3S Asia baru-baru ini, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (Pusma) Zarina Ismail berkata mereka amat kecewa kerana tiada sebarang perbincangan diadakan dengan agensi pekerjaan swasta berdaftar kerajaan sebelum aliran operasi OCS dimuktamadkan.

Berharap Kementerian Sumber Manusia akan terbuka kepada perbincangan untuk menyelesaikan penetapan peruntukan yang dipertikaikan dalam sistem baru itu, Zarina berkata, deposit yang dituntut akan menyebabkan ramai ahlinya kehilangan punca pendapatan.

"Kami dikehendaki membayar deposit yang tinggi walaupun sebelum mengenal pasti pekerja yang berpotensi," keluhnya.

Zarina berkata walaupun deposit yang tinggi merupakan risiko kepada agensi pekerjaan swasta, mereka juga diberi jaminan bahawa pengurusan risiko sepanjang proses akan diambil alih oleh syarikat insurans.

“Bagaimanapun, tiada apa-apa yang jelas setakat ini, tapi saya tak pasti syarikat insurans mana yang ingin mengambil risiko pekerja domestik melarikan diri atau perkara yang tidak disengajakan,” jelasnya.

[Baca berita penuh]