Skip to main
Logo Malaysiakini

Lima calon PRN Johor dijangkiti Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Dengan tempoh kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor sudah separuh daripada yang diperuntukkan, seramai lima calon pilihan raya dijangkiti Covid-19.

Yang terbaru ialah calon PH bagi Jementah Ng Kor Sim, dari DAP.

Ng mengesahkan bahawa dia telah memberikan kit ujian pantas antigen (RTK) hari ini yang menunjukkan dia positif Covid-19.

"Semalam, saya mendapat tahu bahawa saya telah kontak rapat dengan pesakit yang disahkan Covid-19. Demi keselamatan, saya menangguhkan kempen untuk kuarantin kendiri.

"Saya melakukan ujian semalam tetapi ia menunjukkan negatif. Bagaimanapun, ujian malam semalam positif dan satu lagi ujian pagi ini juga positif," katanya.

Dia memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Ng menambah bahawa dia berada dalam keadaan sihat.

Semalam, calon Pakatan Harapan (PH) Pekan Nanas Yeo Tung Siong juga mengesahkan dia dijangkiti Covid-19.

Awal semalam, calon BN Penggaram Ter Hwa Kwong juga mendedahkan dirinya disahkan positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin.

Pada 27 Feb, calon PKR Bukit Batu Chiong Sen Sern turut mengesahkan dijangkiti virus Sars-CoV-2.

Sehari sebelum itu (26 Feb), iaitu hari penamaan calon, calon PKR Gambir Naim Jusri mendapat tahu dia positif Covid-19 sebaik tiba di pusat penamaan calon.

Jika dijangkiti bermakna calon perlu kuarantin selama tujuh hari, iaitu separuh daripada tempoh kempen 14 hari.