Hujan tak patah semangat sambutan Hari Wanita
Ketika era pandemik penganjur perarakan Hari Wanita Malaysia mengambil pendekatan alternatif untuk menyampaikan mesej mereka.
Tahun 2020 menyaksikan penunjuk perasaan berarak di jalan raya Kuala Lumpur manakala 2021 pula protes bergerak dalam talian.
Sempena Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, kira-kira 150 orang hadir ke acara berkelah di Taman Tasik Jaya di Petaling Jaya.
Difahamkan perarakan sebenar tidak diadakan untuk mengekalkan kawalan orang ramai pada setiap masa, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ketika ini.
Acara bermula pada pukul 3 petang dengan orang ramai berkumpul untuk sesi membuat plakad dan kemudian beberapa penceramah memberikan ucapan, termasuk aktivis Orang Asli, aktivis OKU dan aktivis pendidikan Tamil.
Mereka menuntut:
1. Memastikan hak ke atas autonomi tubuh wanita dan kebebasan memilih
2. Gaji yang sama untuk kerja yang sama nilai
3. Haramkan perkahwinan kanak-kanak
4. Mengisytiharkan krisis iklim dan merangka rancangan nasional untuk mengurangkannya
5. Penyertaan politik yang sama bagi jantina tertindas dan identiti seksual di semua peringkat
6. Mewujudkan dan memastikan ruang yang boleh diakses dan lebih selamat untuk jantina dan identiti seksual yang tertindas dalam talian dan di luar talian
7. Menggubal reformasi perundangan untuk merealisasikan kesaksamaan gender
8. Utamakan pengarusperdanaan jantina dalam penjagaan kesihatan
9. Tamatkan semua bentuk keganasan terhadap jantina dan identiti seksual yang ditindas
Bagaimanapun, hujan mula turun pada acara itu sekitar jam 4 petang — beberapa jam sebelum ia dijadualkan berakhir.
Walaupun diberi pilihan untuk beredar, penunjuk perasaan tetap mahu meneruskan, mengharungi hujan dan becak lumpur di padang.
Mereka kedengaran melaungkan "Bangkit, bantah" — slogan acara itu.
Wakil dari Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menyaksikan acara itu, manakala sepasukan peguam juga hadir memerhati.
Bagaimanapun, hanya selepas penunjuk perasaan bersurai, tiga pegawai polis berpakaian seragam muncul di tempat itu.
Para pegawai polis mesra berbual meminta butiran acara untuk tujuan membuat laporan.
Penganjur acara menjelaskan mereka sedang membersihkan kawasan itu.
"Ambil masa anda. Hari Wanita kan, kita bagilah,” kata seorang pegawai, yang kemudiannya mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa.
RUU Gangguan Seksual berpaksikan mangsa
Bercakap mengenai reformasi perundangan, aktivis hak wanita dan bekas ahli Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (Cedaw) Mary Shanthi Dairiam berkata Rang Undang-undang Gangguan Seksual yang akan diluluskan tidak lama lagi tidak mencukupi untuk berpaksikan mangsa.
“Takrifan gangguan seksual perlu diperluaskan.
“Kita semua tahu apa itu gangguan seksual, ia merendahkan, memperlekeh dan pengalaman yang sangat memalukan bagi wanita atau lelaki.
“Tetapi selalunya pelaku ditujukan kepada mangsa. Tetapi kita juga menuntut definisi gangguan seksual mesti memasukkan apa-apa tindakan yang tidak semestinya ditujukan (kepada mangsa) yang menimbulkan suasana tidak aman,” katanya merujuk kepada kes Ain Husniza Saiful Nizam yang didakwa gurunya bergurau mengenai rogol.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai