Skip to main
Logo Malaysiakini

27,435 kes baru, 55 kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 27,435 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 3,622,607.

Kes aktif kini berjumlah 308,252, meningkat 19.1 peratus berbanding 14 hari lalu.

Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,012 kes diikuti Kedah (2,721) dan Kuala Lumpur (2,685).

Kes jangkitan baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (7,012)

Kedah (2,721)

Kuala Lumpur (2,685)

Johor (2,348)

Pahang (1,844)

Pulau Pinang (1,663)

Negeri Sembilan (1,565)

Sabah (1,515)

Kelantan (1,279)

Perak (1,262)

Sarawak (1,244)

Terengganu (918)

Melaka (796)

Perlis (206)

Labuan (206)

Putrajaya (171)

Sebanyak 55 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 16 daripadanya berlaku di luar hospital ataubrought in dead (BID).

Negeri yang mencatatkan angka kematian tertinggi ialah Kedah (12) diikuti Pulau Pinang (8), Johor (7), Terengganu (6), Kelantan (5), Perak (4), Selangor (4), Melaka (2), Negeri Sembilan (2), Perlis (2), Pahang (1), Sabah (1) dan Sarawak (1).

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur, dengan 1,005 kematian bagi setiap satu juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia.

Sepanjang minggu lalu, purata 79.1 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 40 kematian berlaku dalam tempoh 30 hari lalu, sekali gus menunjukkan kenaikan.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 33,228 kematian direkodkan akibat Covid-19.

Seramai 8,658 pesakit Covid-19 dirawat di hospital, dengan 379 daripadanya ditempatkan dalam unit rawatan rapi (ICU).