Skip to main
Logo Malaysiakini

31,490 kes baru, 79 lagi kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan berkata 31,490 kes baru Covid-19 harian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,680,953.

Kes aktif kini berjumlah 306,681, meningkat 10.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (8,095)

  • Kuala Lumpur (4,527)

  • Kedah (3,015)

  • Pulau Pinang (2,425)

  • Sarawak (1,903)

  • Negeri Sembilan (1,883)

  • Johor (1,721)

  • Kelantan (1,647)

  • Pahang (1,409)

  • Perak (1,279)

  • Terengganu (1,277)

  • Sabah (1,216)

  • Melaka (554)

  • Putrajaya (201)

  • Perlis (190)

  • Labuan (148)

Sebanyak 79 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 19 daripadanya diisytiharkan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 79.6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 45.0, menunjukkan bahawa kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 33,384 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 997 kematian bagi setiap satu juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Johor (16) diikuti Kedah (13), Perak (13), Selangor (11), Pahang (5), Sabah (5), Kelantan (4), Melaka (3), Pulau Pinang (2), Putrajaya (2) dan Negeri Sembilan (1).

Terdapat 8,668 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 373 daripadanya berada dalam rawatan rapi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan katil ICU oleh pesakit Covid-19 adalah tertinggi di Kelantan (73 peratus), Putrajaya (67 peratus) dan Kuala Lumpur (62 peratus).

Bagi katil biasa pesakit Covid-19, kadar penggunaan tertinggi dilihat di Selangor (109 peratus), Putrajaya (104 peratus) dan Kuala Lumpur (94 peratus).