Peguam: 'Pramatang Maips andaikan status muallaf anak Loh'
Para peguam kepada ibu tunggal Loh Siew Hong berkata permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Melayu Perlis (Maips) untuk menjadi pencelah dalam kes perceraian anak guamnya mungkin mengundang beberapa andaian awal.
Dalam satu kenyataan, peguam tersebut berkata Maips dalam mendapatkan perintah mahkamah untuk menukar syarat jagaan Loh, telah menganggap bahawa anak-anaknya adalah mualaf secara sah.
Bagaimanapun, para peguam itu berhujah bahawa keputusan dalam Indira Gandhi Mutho lwn Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (2018) telah menjelaskan dengan jelas bahawa perlu mendapat persetujuan ibu dan bapa bagi anak-anak memeluk Islam.
Ini kemudiannya dikekalkan dalam Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan vs LCY (2022), hujah peguam.
"Kami percaya bahawa selagi peraturan perundangan yang dirumuskan dalam kes Indira Gandhi Mutho, dan kemudiannya dikekalkan dalam kes LCY, masih berkuat kuasa, maka penukaran agama kanak-kanak kepada Islam yang dilakukan secara unilateral di mana-mana negeri di Malaysia adalah tidak sah, tanpa mengira sama ada sesebuah negeri mempunyai undang-undang dengan peruntukan yang bertentangan.
"Justeru, status tiga anak (Loh) perlu diputuskan (mahkamah) terlebih dahulu sebelum Maips (mengambil tindakan undang-undang) atas anggapan mereka muallaf (mualaf)," kata mereka.
Kenyataan itu ditandatangani peguam Srimurugan Alagan, Shamsher Singh Thind dan Gunamalar Joorindanjn.
Semalam, Maips cuba menjadi pencelah dalam perceraian Loh bagi memastikan majlis itu dapat memberikan pendidikan Islam kepada tiga anaknya.
Maips berkata bagi memastikan ketiga-tiga anak itu mendapat bimbingan hidup sebagai seorang Islam dan layak menerima zakat semasa hidup di bawah jagaan seorang bukan Islam.
Maips juga menegaskan bahawa mereka bukan berusaha untuk melanggar hak Loh sebaliknya memastikan keinginan tiga anaknya untuk beragama Islam terpelihara.
Tahun lalu, mahkamah memberikan Loh hak penjagaan tunggal anak-anaknya pada Mac 2021.
Bagaimanapun, anak-anaknya telah diculik oleh suaminya Nagahswaran Muniandy, yang memeluk agama Islam di Perlis tanpa persetujuannya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai