Skip to main
Logo Malaysiakini

Putrajaya ulangi tiada dana awam dalam 5G DNB

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PARLIMEN l Menteri kewangan mengulangi bahawa pelaksanaan rangkaian 5G melalui entiti milik kerajaan Digital Nasional Bhd (DNB) tidak akan melibatkan sebarang dana awam.

Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapan bertulis parlimen berkata DNB akan dibiayai melalui gabungan pembiayaan tertunda kepada vendor, pembiayaan perdagangan dan modal kerja serta menerusi program sukuk yang akan diterbitkan dalam pasaran modal negara.

“Ia tidak akan melibatkan apa-apa jaminan atau pembiayaan daripada kerajaan, terutamanya secara tidak langsung, atau dengan izin, offbalance sheet, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“DNB akan mendapatkan pembiayaan tersebut melalui perkhidmatan kewangan seperti bank-bank, dan ini akan dibayar semula melalui hasil jualan yang dijana daripada penjualan kapasiti secara boron,” katanya.

Sehingga penghujung Januari lalu, Zafrul berkata, pembiayaan komersial yang diperolehi DNB berjumlah sebanyak RM 1.7 bilion dan jumlah yang telah dibelanjakan DNB adalah

RM544 juta untuk infrastruktur rangkaian, perkakasan rangkaian dan juga modal kerja.

Menurut menteri kewangan itu, rangkaian 5G telah tersedia di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya sejak Disember lalu.

“Sebanyak 500 tapak telah berjaya diintegrasi setakat 9 Januari 2022 manakala sehingga penghujung 2022 sebanyak 3,500 tapak lagi disasarkan meliputi Pulau Pinang, Johor,

Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya dalam jawapan lisan kepada soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai).

Ahli parlimen PKR itu meminta menteri itu menyatakan jumlah dana secaranlangsung dan tidak langsung yang telah diberi krajaan kepada DNB sejak ia diwujudkan pada 2021 dan jumlah yang telah dibelanjakan syarikat itu.

[Baca berita penuh]