Skip to main
Logo Malaysiakini

DAP hilang empat kerusi kepada MCA

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mengakui DAP gagal mempertahankan empat kerusinya di Johor, iaitu Yong Peng, Bekok, Paloh dan Pekan Nanas.

Dakwanya, DAP dan PH mungkin memenangi lebih banyak kerusi jika mereka mempunyai seminggu lagi untuk berkempen.

“Kalau kita ada lagi seminggu berkempen, BN akan (menang) kurang kerusi. Mereka tidak boleh memenangi majoriti dua pertiga dan ia akan jadi tamparan kepada (bekas perdana menteri) Najib Razak.

“Sebab ini menunjukkan rakyat Johor sedar mereka tidak boleh menyokong semula a golongan kleptokrat sebagai perdana menteri di Malaysia.

“(Namun), kami tidak mempunyai tambahan seminggu itu. Satu minggu tambahan semua akan berbeza di Johor,” kata Lim kepada media ketika tiba di pusat penjumlahan PH di Senai.

Sementara itu, Lim mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong atas kemenangannya di Perling dan berterima kasih kepada Liew atas kepimpinannya dalam masa yang sukar.

Lim juga memberi penghormatan kepada calon DAP Yong Peng, Alan Tee Boon Tsong kerana menawarkan diri untuk bertanding di "kerusi berbahaya".

Selain Yong Peng, DAP juga kehilangan kerusi DUN Paloh yang sebelum ini disandang oleh Adun Melayu tunggal parti itu, Sheikh Omar Ali.

"Setakat ini, MCA telah memenangi Yong Peng (Ah Soon), Pekan Nanas (Tan Eng Meng) dan Paloh (Lee Ting Han), Tahniah," kata presiden MCA Wee Ka Siong dalam satu hantaran di Facebook.