Skip to main
Logo Malaysiakini

Maszlee kecundang di Layang-Layang 

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

PRN JOHOR| Bekas menteri Pakatan Harapan (PH) Maszlee Malik gagal menempa kemenangan di DUN Layang-Layang, apabila kecundang di tangan BN. 

Dengan kira-kira 90 peratus undi dikira setakat jam 9.32 malam tadi, calon BN Mutalib Rahim meraih 7,309 undi, jauh meninggalkan Maszlee yang kini bernaung di bawah PKR di tempat kedua dengan 4,613 undi. 

Layang-Layang menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Mutalib, Maszlee, K Alagathiran dari PN dan Ahmad Shafiq Othaman dari Pejuang. 

Setakat perkiraan terkini,  PN mendapat 1,213 undi mankala Pejuang mendapat 168 undi. 

Sebelum ini, Maszlee ialah nama yang disebut-sebut sebagai calon menteri besar Pakatan Harapan (PH), dan dilihat antara pencabar kuat yang mampu memberi kelebihan kepada PH.

Bekas menteri pendidikan itu ditampilkan PKR sebagai strategi menawan Layang-Layang yang memang merupakan kerusi disandang BN. 

Maszlee ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam. Layang-Layang merupakan DUN di bawah parlimen Simpang Renggam.

Satu lagi kerusi DUN ialah Machap, yang turut dikekalkan oleh BN.

Pada PRU lalu juga, BN bersaing sengit dengan PKR bagi merebut Layang-Layang. 

Pada ketika itu, BN mendahului PKR dengan hanya majoriti tipis sebanyak 364 undi.