Skip to main
Logo Malaysiakini

22,535 kes baru, 87 lagi kematian Covid-19

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan berkata 22,535 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,823,571.

Kes aktif kini berjumlah 320,877, meningkat 9.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (5,345)
Kedah (2,332)
Johor (1,973)
Negeri Sembilan (1,950)
Kuala Lumpur (1,594)
Pulau Pinang (1,548)
Sarawak (1,354)
Pahang (1,352)
Perak (1,292)
Terengganu (1,039)
Kelantan (1,005)
Sabah (845)
Melaka (563)
Labuan (133)
Putrajaya (121)
Perlis (89)

Sebanyak 87 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 25 daripadanya meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata 82.7 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata selama 30 hari lalu ialah 56.9, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 33,807 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 1,058 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 771 kematian pada bulan lepas dan 491 kematian pada Januari.

Negeri dengan kes kematian tertinggi ialah Johor (22), diikuti Selangor (18), Perak (10), Pulau Pinang (6), Kuala Lumpur (6), Pahang (5), Kedah (4), Kelantan (4) , Melaka (3), Negeri Sembilan (3), Terengganu (3), Sarawak (2) dan Sabah (1).

Terdapat 8,704 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, dengan 384 daripadanya berada di unit rawatan rapi.