Jet pejuang Taiwan terhempas ke laut semasa latihan, juruterbang selamat
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
Sebuah jet pejuang Mirage 2000 milik tentera udara Taiwan terhempas ke dalam laut semasa melakukan penerbangan latihan namun, juruterbangnya selamat, memetik Facebook Pejabat Presiden Taiwan Tsai Ing-wen pada Isnin.
Juruterbang itu ditemukan selamat ketika misi mencari dan menyelamat dijalankan, lapor Sputnik.
Tsai mengarahkan kementerian pertahanan untuk meneruskan mencari bangkai jet itu tersebut dan menyiasat punca nahas.
Ini adalah nahas kedua membabitkan pesawat tempur Taiwan semasa melakukan latihan, dalam tempoh tiga bulan dan ketujuh sejak 2020.
Pada Januari, jet pejuang F-16 tentera udara Taiwan terjunam ke laut, membunuh juruterbangnya.
Sejak itu, pihak berkuasa memutuskan menangguhkan latihan tempur untuk pesawat F-16.
-- BERNAMA
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai