Taliban tubuhkan suruhanjaya "pikat" rakyatnya pulang
Kerajaan sementara Afghanistan pada Rabu menubuhkan satu suruhanjaya untuk “memikat” rakyatnya yang berada di luar negara kembali ke tanah air.
Jurucakap Taliban, Dr Muhammad Naeem berkata suruhanjaya itu akan diketuai Menteri Mineral dan Petroleum, Sheikh Shahabuddin Delawar, lapor Agensi Anadolu.
“Suruhanjaya Penghantaran Pulang dan Hubungan Afghanistan akan berhubung dengan rakyatnya yang telah meninggalkan negara itu supaya mereka boleh kembali ke tanah air dan hidup secara aman," ciap Naeem di akaun Twitternya.
Beliau berkata penubuhan suruhanjaya terdiri enam anggota itu dicapai menerusi mesyuarat Kabinet yang diketuai Perdana Menteri Mullah Mohammad Hassan Akhand.
Sejak sekian lama ratusan rakyat Afghanistan berada di luar negara akibat konflik yang memaksa mereka meninggalkan negara itu.
Isu keselamatan dilihat bertambah baik, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan kerajaan sementara telah memberi jaminan untuk masa depan yang lebih baik.
Bagaimanapun, Afghanistan dengan populasi penduduk sekitar 40 juta orang, turut berdepan krisis kemanusiaan -- keadaan diburukkan lagi dengan keputusan Amerika Syarikat menyekat rizab asing Afghanistan.
Kerajaan sementara itu masih belum mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai