Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 24,241 kes baru, 59 kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 24,241 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,951,678.

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan terdapat 59 lagi pesakit Covid-19 yang meninggal dunia, termasuk 13 yang mati sebelum dirawat di hospital.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (7,430)

Kuala Lumpur (2,757)

Pulau Pinang (2,306)

Perak (1,703)

Johor (1,621)

Kedah (1,529)

Negeri Sembilan (1,502)

Sarawak (1,316)

Pahang (1,000)

Terengganu (858)

Melaka (645)

Kelantan (625)

Sabah (596)

Putrajaya (142)

Perlis (128)

Labuan (83)

Terdapat 294,367 kes aktif pada masa ini, berkurang 5.3 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes kematian akibat Covid-19 semalam dilaporkan di Perak (15), Selangor (12), Johor (11), Kelantan (6), Melaka (5), Pahang (3), Negeri Sembilan (2), Pulau Pinang (2), Sarawak (2) dan Kedah (1).

Sejak minggu lepas, purata 85.9 orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak ini, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 68.1 - menunjukkan trend peningkatan.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 34,244 kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan.

Sebanyak 1,495 mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 771 kes kematian pada bulan lepas dan 491 kes kematian pada bulan Januari.

Malaysia menjadi negara dengan kes kematian per kapita tertinggi di Asia Tenggara dan Asia Timur, dengan 997 kes bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Sebanyak 7,600 pesakit Covid-19 kini sedang menerima rawatan di hospital, dengan 383 daripadanya mendapat rawatan rapi.