Skip to main
Logo Malaysiakini

Zuraida sambut baik pelantikan wanita pertama ketuai Jakim

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin menyambut baik pelantikan Hakimah Mohd Yusoff sebagai wanita pertama untuk mengetuai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Zuraida yang juga merupakan presiden Majlis Pemimpin Politik Wanita Malaysia (Comwel) berkata pelantikan itu menunjukkan wanita mampu memimpin dalam soal agama, persijilan halal dan usaha mengekang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transexual (LBGT).

“Comwel mengucapkan tahniah kepada Hakimah Mohd Yusoff kerana menjadi wanita perama dilantik mengetuai Jakim.

“Langkah ini jelas menunjukkan wanita juga mampu memimpin dalam isu agama, anti-LGBT dan persijilan halal,” katanya dalam kenyataan.

Hakimah Mohd Yusoff

Kata Zuraida, pelantikan itu juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam menjamin kesamaan gender dalam pentadbiran.

“Memandangkan Jakim memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan nilai Islam di negara ini, Comwel berharap Hakimah akan dapat melakukan langkah pembaharuan dan melaksanakannya dalam institusi agama awam.

"Dasar yang selaras dengan kesamaan gender sebagai nilai Islam, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, akan mengangkat lagi kedudukan wanita dalam masyarakat kita,” katanya.

Dia juga menekankan kepentingan tadbir urus baik, ketelusan dan kecekapan untuk institusi seperti Jakim.

Pelantikan Hakimah berkuat kuasa 21 Mac ini.

Sebelum ini, dia merupakan timbalan ketua pengarah (dasar) Jakim.