Mahkamah tolak permohonan wanita gugurkan Islam dari kad pengenalan
Seorang ejen insurans gagal dalam usahanya membatalkan pengislamannya secara unilateral atau sepihak semasa dia kecil.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak semakan kehakiman permohonan wanita itu berhubung penukaran agama yang dilakukan oleh bapa mualafnya ketika dia berusia 10 tahun pada 1990.
Keputusan Hakim Noorin Badaruddin adalah berhubung tindakan undang-undang wanita berusia 42 tahun itu, yang menamakan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), sebagai responden.
Noorin juga tidak membuat sebarang perintah mengenai kos dalam prosiding secara maya hari ini yang dijalankan melalui zoom.
Pada 17 Mac tahun lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa dia memfailkan permohonan semakan kehakiman itu, berikutan keengganan JPN membenarkannya menggugurkan perkataan Islam daripada MyKadnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai