Tiada rakyat M'sia dilapor terlibat dalam nahas pesawat di China
Kementerian Luar memaklumkan setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tragedi pesawat Eastern Airlines MU5735 China yang terhempas di Wilayah Guangxi, China.
Dalam satu kenyataan hari ini, menurut kementerian, Kedutaan Malaysia di Beijing serta Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, Nanning dan Guangzhou memantau rapat mengenai sebarang perkembangan berhubung nahas itu.
Kementerian bagi pihak Kerajaan Malaysia, turut mengucapkan takziah dan simpati kepada China dan keluarga mangsa yang terkorban.
Sebuah pesawat yang membawa 132 penumpang terhempas di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China pada Isnin petang.
Pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming menuju ke Guangzhou itu, terhempas di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian, bandar Wuzhou pada 2.38 petang. Nahas itu turut mengakibatkan kebakaran.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai