Skip to main
Logo Malaysiakini

'Tangguh buka sempadan sebab bimbang kes naik lepas PRN Johor'

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PARLIMEN | Keputusan untuk menangguhkan semula pembukaan sempadan negara daripada 1 Mac kepada 1 April adalah kerana bimbang PRN Johor akan menyebabkan peningkatan kes baru Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali.

Menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar), dia juga mengecam “pihak tertentu” yang mahu pilihan raya diadakan di saat negara masih bergelut dengan wabak tersebut.

“Keputusan penangguhan (pembukaan sempadan) lebih kurang sebulan, berdasarkan beberapa perkara yang dibawa oleh menteri (kesihatan) untuk perbincangan.

“Kalau tak silap saya, PRN Johor diadakan ketika itu. Jadi kita bimbang, sebab kita akan buat satu keputusan besar.

Untuk membuka sempadan, ia akan memerlukan penumpuan kepada perkara yang penting supaya rakyat selamat, negara selamat,” katanya.

Syed Saddiq meminta Kementerian Kesihatan memberi penjelasan terperinci kepada Parlimen tentang sebab kerajaan menangguhkan pembukaan semula sempadan negara, berbanding tarikh 1 Mac seperti yang dicadangkan Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Syed Saddiq berkata ramai yang mendakwa penangguhan itu untuk menghalang ratusan ribu yang tinggal di luar negara untuk pulang mengundi dalam PRN Johor.

Pada Januari lalu, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata terdapat kira-kira 400,000 warga Malaysia yang bekerja di Singapura, dengan kebanyakannya adalah orang Johor.