Skip to main
Logo Malaysiakini

Kematian dalam tahanan ke-13 dalam tempoh 3 bulan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Polis telah melaporkan kematian dalam tahanan ke-13 tahun ini.

Insiden terbaru membabitkan seorang lelaki berusia 59 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1962.

Lelaki itu ditahan semalaman di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai di Pulau Pinang dan dijadualkan direman di mahkamah hari ini.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Allaudeen Abdul Majid berkata, tahanan itu meninggal dunia pada 7.30 pagi tadi.

Punca kematiannya masih tidak jelas.

Bagaimanapun, Allaudeen memberi jaminan bahawa JIP akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kes itu.

Kematian tahanan terakhir dilaporkan pada 8 Mac, melibatkan seorang lelaki warga Indonesia yang didakwa meninggal dunia akibat penyakit arteri koronari.