Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT l Armada gesa k'jaan kaji semula larangan guna kenderaan mikromobiliti

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Armada Bersatu memandang serius akan larangan penggunaan kenderaan ringan jenis mikromobiliti yang telah digazetkan oleh Kementerian Pengangkutan. 

Larangan tersebut telah secara langsung memberi kesan kepada anak muda dan belia di negara ini.

Pada 16 Disember 2021, Kementerian Pengangkutan telah meminda Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 yang telah melarang penggunaan kenderaan mikromobiliti seperti skuter elektrik dan moped.

Larangan ini berkuat kuasa di atas semua bahagian jalan di seluruh negara. 

Kami menggesa agar kerajaan mengkaji semula larangan ini memandangkan kenderaan jenis moped seperti motosikal dan basikal elektrik banyak digunakan oleh anak muda khususnya golongan p-hailing seperti Grab dan Foodpanda.

Di samping itu, ia turut akan menjejaskan pendapatan para peniaga yang bergantung kepada kenderaan dari segmen ini khususnya di dalam bidang pelancongan dan sukan rekreasi.

Kenderaan ini juga digunakan secara meluas oleh para penuntut di IPT serta dalam kampus. 

Jika mereka dilarang menggunakan kenderaan ini, ia sudah tentu akan menjejaskan pergerakan mereka.

Oleh yang demikian Armada menggesa agar menteri pengangkutan mengkaji semula larangan ini dan kelonggaran diberikan kepada golongan tertentu yang amat bergantung kepada penggunaan kenderaan jenis ini.


MOHAMAD SIDDIQ AZANI berkhidmat sebagai exco Armada (biro perundangan, dasar dan hubungan antarabangsa) BERSATU.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.