Skip to main
Logo Malaysiakini

MB: Hutan simpan Kuala Langat Utara diwarta semula sebelum Hari Raya

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberi jaminan yang Hutan Simpan Kuala Langat Utara akan diwartakan semula sebelum Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka jatuh pada minggu pertama Mei.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Amirudin berkata 97 peratus daripada kawasan itu akan diwartakan semula sebagai hutan simpan, manakala baki tiga peratus diperuntukkan kepada Orang Asli.

Beberapa ratus ekar lagi akan digunakan untuk membina perkampungan Orang Asli,” kaanya.

Tidak jelas sama ada ia meliputi seluruh kawasan hutan simpan yang dinyah warta sebelum ini.

Pad Disember lalu, Amirudin berkata dia yakin bahawa pewartaan semula akan meliputi 90 peratus daripada pelan warta asal.

Sebahagian lagi akan kekal dengan status sekarang bagi kemungkinan sambungan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dinamakan sebagai Pintasan Serendah.

Ketika itu dia berkata pewartaan semula akan dilakukan pada Mac tahun ini.

Kerajaan negeri menyah warta status 1,326.2 ekar Hutan Simpan Kuala Langat Utara (54 peratus daripada kawasan hutan itu) sebagai hutan simpan kekal pada Mei lalu untuk tujuan pembangunan.

Ia disambut dengan bantahan keras oleh NGO dan orang awam.