Skip to main
Logo Malaysiakini

MP gesa PAC siasat perbezaan terma-terma kontrak RM11 bilion 5G

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menggesa agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meneliti kontrak berjumlah RM11 juta kepada syarikat telekomunikasi gergasi Sweden, Ericsson untuk melaksanakan rangkaian 5G di negara ini.

Dalam surat kepada PAC minggu lalu, Fahmi berkata dia mendapati ada beberapa percanggahan pada terma-terma kontrak tersebut, di mana dia mencadangkan agar satu siasatan dijalankan.

“Untuk maklumkan ahli-ahli yang berhormat, saya difahamkan ada kemungkinan wujudnya perbezaan di antara terma-terma kontrak pada peringkat bidaan berbanding terma-terma di dalam kontrak akhir yang ditandatangani di antara DNB dan Ericsson.

“Sekiranya benar, isu ini perlu diketahui Dewan Rakyat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan wang ringgit rakyat,” menurutnya dalam surat bertarikh 23 Mac.

Surat itu hadir berikutan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa tiada yang mencurigakan ditemui dalam perolehan kontrak oleh firma kerajaan Digital Nasional Berhad (DNB) kepada Ericsson.

Fahmi sebelum ini membangkitkan perkara itu semasa membahaskan titah diraja di Parlimen awal bulan ini, berikutan pendedahan media mengenai urusan Ericsson di negara lain.

Pendedahan oleh Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) antaranya memperincikan bagaimana Ericsson secara rasuah untuk memenangi kontrak di pelbagai negara, termasuk Iraq.

Berdasarkan kebocoran dokumen pematuhan dalaman, ICIJ melaporkan Ericsson juga meletakkan nyawa pekerja dalam risiko dan membuat berjuta-juta dolar AS dalam pembayaran yang mencurigakan kepada pelakon tempatan.

“Oleh yang demikian, saya memohon PAC untuk segera menyiasat terma-terma bidaan berbanding terma-terma kontrak sebenar (actual contract), dengan mendapatkan taklimat penuh atau memulakan prosiding dengan memanggil semua pihak berkaitan segera mungkin,” kata Fahmi.

Sebagai respons balas, Ericsson berkata ia sedang bekerjasama dengan pekerja dan peguam luar untuk menyemak salah laku yang dibangkitkan dalam laporan ICIJ.

Sebelum ini, Ericsson juga menegaskan bahawa ia memenangi kontrak 5G secara merit menerusi tender terbuka.

Digital Nasional Berhad, firma kerajaan yang menganugerahkan kontrak itu, berkata anugerah tersebut berdasarkan piawaian tadbir urus yang ketat dan diselia oleh EY Consulting.

Kontrak itu dianugerahkan pada Julai 2021.

Awal bulan ini, kerajaan berkata ia akan mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borang Tunggal (SWN), tidak termasuk dengan syarikat telekomunikasi swasta yang mahu membangunkan rangkaian lain untuk bersaing dengan DNB.