Agong, permaisuri positif Covid-19
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan positif Covid-19, maklum Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.
Sultan Abdullah berkenan menjalani kuaranti kendiri di Istana Negara sehingga 7 April manakala Raja Permaiuri Azizah pula akan menjalani kuarantin sehingga 8 April ini.
"Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalam gejala ringan.
“Kesihatan Seri Paduka Baginda berdua secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
"Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru rakyat supaya sentiasa waspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara telah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik Covid-19 kelmarin.
"Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan," kata Ahmad Fadil melalui hantaran di media sosial Istana Negara.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai