Skip to main
Logo Malaysiakini

Kes baru Covid-19 bertambah 12,380, 30 lagi terkorban

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

COVID-19 | Sebanyak 12,380 lagi kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu di negara ini meningkat kepada 4,246,467.

Sementara itu jumlah kes yang masih aktif pula ialah sebanyak 192,948, menurun 26.8 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Berikut ialah pecahan kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 7,613
WP Kuala Lumpur: 909
Pulau Pinang: 572
Johor: 510
Perak: 491
Negeri Sembilan: 412
Sarawak: 351
Kedah: 330
Pahang: 287
Terengganu: 235
Melaka: 219
Kelantan: 184
Sabah: 167
WP Putrajaya: 52
Perlis: 26
WP Labuan: 22

Kementerian Kesihatan Malaysia juga merekodkan 30 lagi kematian semalam termasuk 11 daripadanya meninggal dunia sebelum diberikan rawatan (BID).

Seramai tujuh kematian direkodkan masing-masing di Kedah dan Perak, dikuti Kelantan (3), Selangor (3), Pahang (2), Pulau Pinang (2), Johor (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Sarawak (1), Terengganu (1), Kuala Lumpur (1).

Sejak minggu lepas, purata 44.4 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari lalu pula sebanyak 66.5 dan ia yang menunjukkan pola menurun.

Sebanyak 116 mangsa dilaporkan menjadi korban Covid-19 bulan ini berbanding terdapat 2,235 pada bulan lalu dan 770 pada Feb.

Sejak pandemik melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,099 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Ketika ini sebanyak 3,682 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 253 daripadanya sedang mendapat rawatan rapi.