Skip to main
Logo Malaysiakini

Pembuat portal untuk k'jaan dikaitkan dengan agensi pekerja asing

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebuah syarikat yang terlibat dalam pembangunan portal pengambilan pekerja domestik baru Kementerian Sumber Manusia, MyOCS.com.my, didapati turut mempunyai hubungan dengan sebuah agensi pekerjaan swasta (APS) dikenali sebagai Agensi Pekerjaan Jaya Nusantara Sdn Bhd (AP Jaya Nusantara) yang didaftar di bawah kerajaan.

Walaupun kementerian terbabit masih belum mengumumkan peranan 3S Malaysia Sdn Bhd (3S Malaysia) dalam pembangunan portal MyOCS.com.my, Malaysiakini hari ini melaporkan syarikat itu menuntut pemilikan eksklusif kandungan MyOCS, termasuk semua harta intelek dan hak proprietari, hak milik, dan kepentingan yang wujud di dalamnya, dalam terma dan syarat untuk pendaftar.

Hubungan antara pemaju portal dan agensi pekerjaan itu adalah melalui pemilik 3S Malaysia.

Pemegang saham majoriti - sebanyakl 44 peratus - 3S Malaysia pula ialah 3S Asia Sdn Bhd (3S Asia).

Menariknya, alamat perniagaan berdaftar 3S Asia menunjukkan bahawa ia adalah penghuni bersama unit pejabat dengan AP Jaya Nusantara.

Tidak sekadar itu, 3S Asia dan AP Jaya Nusantara juga berkongsi lebih daripada ruang kerja di Plaza Damas 3, Taman Sri Hartamas. Kedua-duanya diperbadankan pada Jun 2021.

Apa yang lebih menarik ialah sehingga Mac tahun ini, AP Jaya Nusantara dikenali sebagai Agensi Pekerjaan 3S Sdn Bhd.

Pemegang sahamnya adalah dua rakyat Malaysia, Munir Sulaiman dan Tan Mooi Chong.

Kedua-duanya juga merupakan pengarah dalam syarikat itu, bersama Mohd Azizi Hamzah.

Jenis perniagaan berdaftar AP Jaya Nusantara menunjukkan bahawa ia akan menjalankan agensi pekerjaan swasta dan mengambil serta menempatkan pekerja dengan majikan lain.

Malaysiakini telah menghubungi Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, yang menyoal di Parlimen bulan lepas mengenai penglibatan 3S Malaysia dengan Kementerian Sumber Manusia.

Setelah tidak menerima jawapan, Kok mengesyaki bahawa soalannya mesti semakin hampir kepada kebenaran dan menganggap Menteri Sumber Manusia M Saravanan 'berhutang' kepadanya untuk memberikan penjelasan.

[Baca berita penuh]