Skip to main
Logo Malaysiakini

Pemuda PH Perak lapor polis isu jual tanah lapangan terbang

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pemuda PH Perak tampil membuat laporan polis susulan pendedahan mengenai isu penjualan tanah lapangan terbang yang dibangkitkan pada sidang dewan undangan negeri (DUN), baru-baru ini.

Ketua Pemuda PH Perak Hairol Amir Sabri berkata susulan laporan itu pihaknya berharap pihak polis dapat memulakan siasatan isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar dan mendedahkan kepada rakyat siapa yang sebenarnya dalang dalam isu berkenaan.

"Saya sebagai rakyat Malaysia dan juga pembayar cukai mempunyai hak untuk memastikan setiap keputusan kerajaan negeri yang ada hubung kait dengan isu kewangan adalah dipantau dan berakauntabiliti khususnya dalam isu ini yang begitu penting untuk rakyat negeri Perak.

"Saya berpendapat bahawa pihak polis mempunyai tanggungjawab serta kuasa untuk melaksanakan siasatan ke atas isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar," katanya pada kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, dia bersama Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim dan Ketua Dapsy Perak merangkap Adun Menglembu Steven Chaw hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membuat laporan tersebut.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Adun Aulong, Nga Kor Ming mendedahkan tanah untuk cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar telah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Susulan itu, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad pula menyatakan kerajaan Perak akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu sekiranya ada laporan dibuat.