Skip to main
Logo Malaysiakini

Mayat disyaki lelaki M'sia ditemui di 'ladang ganja' Australia

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

GLOBAL | Seorang lelaki warga Malaysia dijumpai mati di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, kelmarin.

Agensi berita kerajaan, 9news, melaporkan mayat dipercayai ‘Jacky’ Chong Kai Wong itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang oleh pasukan penyiasat selepas mereka memulakan pencarian di kawasan luar bandar Killongbutta.

Chong dipercayai mati di antara 25 Dis 2020 dan 8 Jan 2021.

Bagaimanapun, polis mendakwa mayat itu belum dikenal pasti secara rasmi, tetapi polis percaya ia adalah lelaki berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Pemeriksaan forensik dan ujian DNA diadakan sejurus mayat dijumpai.

Polis tempatan mendakwa Chong terlibat dalam jenayah terancang pada masa kematiannya.

Sementara itu tiga lelaki yang berusia 33, 22 dan 28 tahun ditahan dan sudah didakwa di mahkamah kerana membunuh Chong.

Pada 2021, polis yang menjalankan siasatan mengenai sindiket jenayah membuatan dan membekalkan dadah mendapati, seorang warga Malaysia yang dipercayai terbabit telah menghilangkan diri.

Kelmarin polis menjalankan yang mendapat waran geledah membuat pemeriksaan di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta, barat laut Bathurst. Kawasan terbabit didakwa digunakan sebagai ladang penanaman ganja.

Hasil siasatan mendapati kawasan berkenaan dipenuhi antara 500 hingga 1,000 pokok ganja yang bertujuan untuk komersialkan.

"Terdapat bukti beberapa penanaman telah dilakukan di Killongbutta," kata pegawai polis, Supt John Watson.

Watson juga mendakwa pembunuhan itu berlaku di "ladang penanaman ganja" dan dipercayai ada kaitan dengan isu "kewangan."