Polis sedang kesan kes gangguan seksual kaitkan Ebit Lew
Polis masih mengesan saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata ia adalah proses bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dibuat.
“Selain itu, polis juga sedang mengemas kini kertas siasatan berhubung kes ini daripada laporan-laporan yang lama dan saya enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Abd Jalil berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru kes membabitkan pendakwah berkenaan.
Pada Feb lepas, Ebit Irawan mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkait gangguan seksual di Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah.
Mahkamah membenarkan Ebit Irawan dilepaskan dengan jaminan RM1,000 untuk setiap pertuduhan dengan dua penjamin sementara perbicaraan kes dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai