K'jaan Kuwait letak jawatan menjelang usul tak percaya pada PM
GLOBAL | Perdana Menteri Kuwait, Sabah Al-Khalid Al-Sabah pada Selasa menyerahkan surat peletakan jawatan kerajaannya kepada Putera Mahkota Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, menurut agensi berita Kuna.
Agensi itu bagaimanapun tidak memperincikan mengenai sebab peletakan jawatan itu, lapor agensi Anadolu.
Seramai 10 ahli parlimen telah mengusulkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dan dijadual dibahaskan pada Rabu.
Ahli parlimen mendakwa perdana menteri “tidak mematuhi perlembagaan, mengganggu kepentingan rakyat, dan gagal bekerjasama dengan institusi perundangan".
Sheikh Sabah Al-Khaled membentuk kerajaan sebanyak tiga kali dalam tempoh satu setengah tahun, pada Disember 2020, Mac 2021, dan Disember 2021.
Dia juga mengemukakan peletakan jawatan kerajaannya sebanyak dua kali iaitu pada Januari 2021 dan November 2021.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai