Skip to main
Logo Malaysiakini

PH mahu sidang kedua RUU lompat parti diumum Isnin ini

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Majlis Presiden Pakatan Harapan menuntut  sidang khas kedua bagi meluluskan rang Undang-undang (RUU) antilompat parti ditetapkan pada Isnin ini.

Gabungan pembangkang terbesar itu juga menggesa menteri bertanggungjawab membentangkan pindaan perlembagaan berkaitan pada hari itu turut menyatakan dengan jelas di parlimen, apakah prinsip asas undang-undang yang bakal dibentang dan diluluskan.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama pemimpin kanan keempat-empat parti komponen PH daripada PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebentar tadi.

“Pakatan Harapan percaya dengan meluluskan pindaan perlembagaan dan RUU antilompat parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya dan demokrasi berparlimen akan dapat  mula dipulihkan,” kata mereka.

PH juga mengulangi pendirian bahawa meluluskan RUU itu merupakan antara syarat utama dalam perjanjian persefahaman (MOU) mereka dan kerajaan.

Mereka berkata perkara itu telah ditegaskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang melibatkan wakil kerajaan dan PH semalam.