Skip to main
Logo Malaysiakini

Selangor warta semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kerajaan Selangor akan mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara, maklum Menteri Besar Amiruddin Shari.

"Kerajaan negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara dengan kadar segera.

"Keluasan ini melibatkan kawasan Kampung Orang Asli Busut Baru seluas 42.05 hektar (103,9081 ekar) dan jajaran laluan Paip Air Mentah Loji Rawatan Air Sg Rasau seluas 8.58 hektar (21,2139 ekar).

"(Ini) menjadikan keseluruhan kawasan yang akan diwarta semula seluas lebih kurang 486.07 hektar (1,201.20 ekar)," kata satu kenyataan akhbar oleh pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Ia susulan sidang media ringkas pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Persiaran Sultan, Shah Alam.

Pada 25 Mac lalu, menteri besar Selangor memberi jaminan Hutan Simpan Kuala Langat akan diwartakan semula sebelum Hari Raya Aidilfitri - iaitu pada minggu pertama Mei.

Amirudin dipetik berkata, 97 peratus dari kawasan itu akan diwartakan semula sebagai hutan simpan manakala baki tiga peratus lagi akan diperuntukkan untuk Orang Asli.

Pada Disember, menteri besar telah mengisytiharkan bahawa kerajaan Selangor menyasarkan untuk mewartakan semula hutan Kuala Langat (Utara) menjadi rizab kekal menjelang suku pertama 2022.

Dilaporkan, pewartaan semula itu akan meliputi "dengan mudah keluasan 90 peratus" dari pelan warta asal.

Kerajaan Selangor telah mengeluarkan 54 peratus atau 536.7 hektar hutan Kuala Langat Utara sebagai rizab simpanan kekal pada Mei lalu untuk memberi ruang kepada pembangunan.

Ia mengubah keputusan itu selepas mendapat bantahan hebat daripada orang ramai.