Skip to main
Logo Malaysiakini

14,944 kes baru, 31 lagi korban

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan 14,944 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan kumulatif kes sebanyak 4,307,529.

Sebanyak 31 kematian baru turut dilaporkan, yang menjadikan jumlah kematian 35,259.

Kes bahu mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (9,674)
Kuala Lumpur (970)
Perak (637)
Negeri Sembilan (579)
Johor (556)
Pulau Pinang (525)
Sarawak (385)
Melaka (350)
Kedah (331)
Pahang (321)
Terengganu (226)
Sabah (172)
Kelantan (127)
Putrajaya (35)
Perlis (34)
Labuan (22)

Kes aktif berjumlah 158,440, turun 34.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Daripada 31 kematian baru itu, enam meninngal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Kematian baru dicatat di Putrajaya (6), Johor (4), Kedah (4), Sarawak (4), Pahang (3), Perak (3), Melaka (2), Selangor (2), Penang (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Terdapat 276 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada Februari.

Terdapat 3,012 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 206 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Sehingga 7 Julai, kadar kebolehjangkitan (R-naught) negara adalah pada 0.83, menunjukkan bahawa penularan semakin perlahan.

Nilai R-naught mesti dikekalkan di bawah 1.0 untuk mengelakkan pertumbuhan eksponen dalam kes.

Sepanjang minggu lalu, purata 35.1 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata selama 30 hari lalu ialah 58.8, juga menunjukkan aliran menurun.