Skip to main
Logo Malaysiakini

10,124 kes baru, 21 lagi korban

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan berkata 10,124 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,307,529.

Ini menunjukkan penurunan yang ketara berbanding jumlah hari sebelumnya sebanyak 14,944 kes baru.

Kes aktif kini berjumlah 153,463, turun hampir satu pertiga berbanding 14 hari lalu.

Sebanyak 21 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, tidak ada yang diisytiharkan sebagai meninggal dunia sebelum terima rawatan di hospital (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 35.1 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 58.8, menunjukkan kes kematian Covid-19 berada dalam aliran menurun.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,280 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 297 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 2,235 kematian pada bulan lepas, 770 kematian pada Februari dan 491 pada Januari.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 1,066 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Negeri dengan jumlah kematian tertinggi ialah Johor (4), diikuti Kedah (3), Pahang (3), Selangor (3), Perak (2), Sarawak (2), Melaka (1), Perlis (1) , Kuala Lumpur (1) dan Negeri Sembilan (1).