Skip to main
Logo Malaysiakini

8,112 kes baru, 12 lagi korban

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan berkata 8,112 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 4,325,818.

Kes aktif berjumlah 145,799, turun 33.9 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (4,299)

  • Kuala Lumpur (708)

  • Negeri Sembilan (490)

  • Perak (465)

  • Johor (404)

  • Pulau Pinang (355)

  • Kedah (257)

  • Melaka (225)

  • Sarawak (224)

  • Terengganu (211)

  • Pahang (193)

  • Sabah (124)

  • Kelantan (98)

  • Perlis (26)

  • Labuan (22)

  • Putrajaya (11)

Sebanyak 12 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, di mana empat daripadanya meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 27.6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 55, menunjukkan bahawa kes kematian berada dalam aliran menurun.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sejumlah 35,292 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 309 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 2235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada Februari.

Negeri dengan kematian tertinggi ialah Sarawak (5) diikuti Perak (2), Johor (1), Kedah (1), Kelantan (1), Selangor (1), dan Kuala Lumpur (1).